Sunday, 15 May 2016

TRAVELOG SIHAT:RAWATAN RAMBUT DIY DI RUMAH

10 comments
assalamualaikum...
ok kali ni lari sket dari kisah travelog jalan2 kite ye..
asyik nak berjalan je..kasi simpan sket duit tu..hahaha
tuk entry kali ni kite kasi share benda mudah nak buat kat umah..
and tuk wanita sejati yang menjaga penampilan diri bermula dari rambut kekdahnye...gituuu...


Sama jugak dengan kulit, rambut pun perlukan penjagaan yang rapi lebih-lebih lagi bagi yang bertudung.
Kalau penjagaan tak betul, sure rambut korang mudah kusut and berminyak kan..bab tu yang xbest tu..
lagi2 time travel..xselesa sungguh...


sape yang ade bajet lebih tu bole la nak ke salon...
tapi for me better simpan duit salon tu g travel..kekekke
banyak cara yang korang leyh buat sendiri untuk RAWATAN RAMBUT kat umah...
sebabnye???
ade lagi alternatif yang korang leyh cube...
yang penting simple and mudah;



nah nak share ngan korang...

Tuk masalah rambut berminyak

Bahan-bahan
1/4 cawan cuka epal
1 cawan jus lemon
1 sudu besar madu

Cara-cara
Campur kesemua bahan dan kisar sehingga membentuk adunan sebati. Sapukan pada rambut yang basah dan balutkan dengan tuala. Biarkan selama 30 minit dan kemudia bilas rambut anda dengan menggunakan air yang bersih.

Kalau tuk rambut rosak pulak:

Bahan-bahan
1 biji kuning telur
2 sudu besar minyak kelapa
1 sudu besar madu

Cara-cara
Campur kesemua bahan dan kisar sehingga membentuk adunan sebati. Sapukan pada rambut yang basah dan balutkan dengan tuala. Biarkan selama 30 minit dan kemudia bilas rambut anda dengan menggunakan air yang bersih.

Untuk rambut yang kusut

Bahan-bahan
1 biji pisang
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar madu

Cara-cara
Campur kesemua bahan dan kisar sehingga membentuk adunan sebati. Sapukan pada rambut yang basah dan balutkan dengan tuala. Biarkan selama 30 minit dan kemudia bilas rambut anda dengan menggunakan air yang bersih.

pssssttt: next travelog coming soon k..

10 comments :

  1. Satu perkongsian yang berguna

    ReplyDelete
  2. Kalau ada masa, memang elok sangat buat sendiri aje di rumah. Murah pun murahkan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...guna bahan2 simple je..rjn ngan xrajin jela..hihi

      Delete
  3. hakak korg ni ada mslh rambut gugur tahap 5 kronik hahahaha
    xtau mcm mana nak buat..uols ada petua/tips x share lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la adik awak ni pun..
      seb baek rambut tebal..jenuh gak nk menjaga lagi bertudung kan...

      Delete
  4. kalau untuk yang takde rambut pulak camne? haha

    ReplyDelete
  5. kalau buat dengan anak2 pun best ni

    ReplyDelete